Bengkel Bengkel Tajwid Sesi 2026
Bengkel Tajwid 2026 | Fahami & Amalkan Hukum Tajwid dengan Betul
Masih keliru dengan hukum tajwid ketika membaca Al-Quran? Dah tahu beberapa hukum tajwid tetapi masih tak pasti bila dan bagaimana nak mengaplikasikannya dalam bacaan?
Bengkel Tajwid 2026 kami direka khas untuk membantu anda belajar hukum tajwid Al-Quran dengan lebih mudah, tersusun dan praktikal supaya bacaan Al-Quran menjadi lebih tepat dan yakin.
Melalui Bengkel Tajwid Al-Quran, peserta akan mempelajari dan memahami pelbagai hukum tajwid seperti hukum Nun Sukun dan Tanwin, Mim Mati, Hukum Mad serta hukum-hukum bacaan lain yang penting dalam Al-Quran.
Bengkel Tajwid 2026 sesuai untuk anda yang ingin belajar tajwid dari asas, mengulang kembali hukum tajwid yang pernah dipelajari atau memperbaiki bacaan Al-Quran agar lebih tepat mengikut kaedah tajwid yang betul.
Fokus Pembelajaran
- Pengenalan & pemahaman tentang hukum tajwid dengan kaedah sistematik dan teratur.
- Latihan praktikal terus pada ayat Al-Quran.