Program Cuti Sekolah
Program Cuti Sekolah Kanak-Kanak | Seronok, Aktif & Islamik
Cuti sekolah akan tiba! Sedang mencari program cuti sekolah yang menyeronokkan dan bermanfaat untuk anak-anak?
Program Cuti Sekolah Kanak-Kanak kami direka khas untuk membantu anak mengisi masa cuti dengan pelbagai aktiviti menyeronokkan, interaktif dan berteraskan nilai Islam. Bukan sekadar bermain, anak-anak berpeluang belajar, mencuba pengalaman baharu dan membina keyakinan diri dalam suasana yang positif.
Sepanjang Program Cuti Sekolah, anak-anak akan menyertai gabungan aktiviti menarik seperti eksperimen sains, permainan interaktif, aktiviti berkumpulan, pembelajaran Islamik dan pembentukan sahsiah yang disesuaikan mengikut usia mereka.
Fokus Pembelajaran
Eksperimen sains mudah & selamat
Permainan berkumpulan & aktiviti luar bilik darjah
Bengkel kreativiti (kraftangan, lukisan, dan DIY)
Aktiviti membina jati diri & nilai murni
Tadabbur ringan & kisah teladan
Kuiz & cabaran ilmiah dengan hadiah!