Kelas Tajwid Kanak-Kanak

Anak sudah boleh membaca Al-Quran tetapi masih keliru dengan hukum tajwid atau kurang tepat ketika membaca?

 

Kelas Tajwid Kanak-Kanak kami direka khas untuk membantu anak memahami dan menguasai hukum tajwid Al-Quran secara teori dan praktikal. Pembelajaran dilakukan secara berperingkat supaya kanak-kanak bukan sahaja mengenali hukum tajwid, malah dapat mengaplikasikannya dengan betul ketika membaca Al-Quran.

 

Melalui Kelas Tajwid Kanak-Kanak, anak akan mengikuti latihan bacaan, aktiviti pembelajaran dan praktikal tajwid dengan bimbingan serta pembetulan secara langsung oleh guru Al-Quran yang terlatih dan berpengalaman.

Fokus Pembelajaran

  • Pengenalan & pemahaman hukum tajwid

  • Latihan bacaan Al-Quran secara bertajwid

  • Penerapan hukum seperti ikhfa’, idgham, iqlab, qalqalah dan lain-lain

  • Teknik memperbetul bacaan secara individu & berkumpulan