Kelas Asas Al-Quran untuk Dewasa
Ingin belajar membaca Al-Quran tetapi tidak tahu hendak bermula dari mana?
Kelas Asas Al-Quran Dewasa kami direka khas untuk anda yang ingin belajar mengaji dari asas, termasuk yang masih belum mengenal huruf hijaiyyah, kurang lancar membaca Al-Quran atau ingin memperbaiki semula asas bacaan.
Melalui Kelas Asas Al-Quran Dewasa, anda akan dibimbing secara berperingkat dalam suasana pembelajaran yang santai dan selesa. Tidak perlu rasa malu walaupun baru hendak mula belajar kerana tenaga pengajar kami akan membantu anda mengikut tahap dan kemampuan masing-masing.
Kami menggunakan Kaedah Al-Baghdadi, iaitu teknik pembelajaran Al-Quran yang interaktif, sistematik dan mudah diikuti. Kaedah ini membantu proses belajar mengaji dewasa dari asas menjadi lebih mudah difahami, menyeronokkan dan berkesan.
Daftar sekarang dan rasai sendiri kemudahan belajar Al-Quran dengan kaedah Al-Baghdadi !
Fokus Pembelajaran
- Mengenal & menyebut huruf hijaiyah
- Menguasai Bacaan Harakat
- Mampu membaca dengan yakin