Kelas Tarannum Dewasa

Pelajari Seni Lagu Al-Quran. Indahkan Bacaan Anda dengan Tarannum
Ingin memperindah bacaan Al-Quran dengan tarannum, tetapi tidak tahu bagaimana untuk mula?
Kelas Tarannum Dewasa ini direka khas untuk anda yang ingin mempelajari lagu-lagu asas dalam bacaan Al-Quran dengan cara yang mudah difahami dan dipraktikkan. Anda akan dibimbing secara berperingkat, dengan pendekatan yang santai tetapi berkesan.
Dibimbing oleh guru berpengalaman dalam seni bacaan Al-Quran, kelas ini sesuai untuk semua peringkat. sama ada anda baru mahu mula, atau sudah boleh mengaji tetapi ingin menambah nilai dan kualiti dalam bacaan.
Fokus Pembelajaran
Pengenalan kepada ilmu tarannum
Teknik asas suara & kawalan nafas
Latihan lagu-lagu tarannum asas seperti Bayyati, Soba, Hijaz, Nahawand
Latihan bacaan surah pendek dengan tarannum